TANGANI ANCAMAN HAIWAN LIAR

Marina sahabudin

SERKAM – ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan menyerahkan sangkar perangkap haiwan liar kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai usaha menangani kejadian tidak diingini.

Menurut beliau, Pengerusi JPKK dalam DUN itu melaporkan terdapat ancaman haiwan liar sejak kebelakangan ini di kampung masing-masing.

“Saya mengambil inisiatif untuk membina beberapa unit sangkar bagi membantu penduduk kampung sebagai langkah mengurangkan ancaman haiwan ini.

“Bimbang jika tindakan segera tidak dilakukan, bukan hanya tanaman, tetapi keselamatan penduduk kampung juga terjejas,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pasukan RELA bencana DUN Serkam yang membantu memudahkan urusan menghantar sangkar-sangkar tersebut.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *