IKTBN Alor Gajah Laksana Pendaftaran Pelajar Secara Drive – Thru

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MASJID TANAH – Pelbagai langkah dilakukan oleh semua pihak dalam usaha membendung dan memutuskan rangkaian Covid-19 yang melanda di negara ini.

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah Melaka tidak ketinggalan melaksanakan usaha tersebut dengan melaksanakan sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu pendaftaran berkonsepkan pandu lalu (‘drive-thru’).

Pengarah IKTBN Alor Gajah, Syamsul Tahrin Mohd Tahir berkata, menerusi pendaftaran secara pandu lalu itu, pemeriksaan suhu dan daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera dilaksanakan ke atas semua pelajar dan ibubapa serta penjaga yang hadir.

Menurut Syamsul Tahrin, seramai 121 pelajar baharu kemasukan Julai 2020 melibatkan pelajar bidang Teknologi Hospitaliti dan Teknologi Elektrik telah melapor diri di insitusi terbabit bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

“Semua kenderaan ibu bapa dan penjaga dibenarkan hanya ‘drop off’ pelajar di hadapan bangunan asrama serta kekal di dalam kenderaan manakala petugas institut membantu mengangkat barangan pelajar dari kenderaan dengan menggunakan konsep ‘drop and go’.

“Turut sama memantau perjalanan pendaftaran pelajar baharu dan mendapatkan maklumbalas dari ibu bapa ialah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKTBN Alor Gajah dan mereka turut mengedarkan ‘bookmark’ berkaitan kempen pencegahan Covid 19 peringkat institut,”katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *