UNCLE K KINI DI MELAKA

MARINA SAHABUDIN

AYER KEROH – Restoran Uncle K yang popular di Shah Alam telahpun bertapak di Melaka.

Diasaskan oleh Tan Sri Karim Munisar sejak tahun 2007, Uncle K meluaskan lagi pasarannya di Pusat Komersil Ayer Keroh di sini bermula 25 Februari lalu.

Menurut Tan Sri Karim, pembukaan cawangan baharu itu, mendapat kerjasama Sheng Tai International.

”Akhirnya projek ini berjaya direalisasikan selepas tiga bulan melalui pelbagai cabaran lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP.

”Pemilihan lokasi ini juga melihat kepada faktor strategik yang mana kawasan ini semakin membangun dan terkenal sebagai hub perniagaan serta F&B,” katanya kepada MelakaFirst.

Tambah beliau, Uncle K pernah memenangi anugerah berprestij daripada Brand Laureate pada tahun 2019.

”Ia satu kejayaan besar apabila kami diangkat sebagai pemenang bagi kategori Prominent business Brand 2019-F&B Fusion Cuisine dan Prominent Business Best Brand 2019 – Brand Leadership,” katanya.

Uncle K merupakan sebuah restoran F&b yang dimiliki 100 peratus bumiputera.

Berkongsi mengenai menu ditampilkan, ujar Tan Sri Karim, mereka memilih masakan Arab, Thailand, barat, Malaysia, Cina dan Indonesia.

”Bagaimanapun menu terkenal kami ataupun ‘signature dish’ Uncle K adalah Kari Kepala Ikan.

”Selain itu antara menu pilihan pengunjung seperti Lontong dan Nasi Kabsah yang disediakan oleh chef terbaik dari Yaman,” katanya.

Tan Sri Karim menyasarkan Uncle K mampu melebarkan empayarnya di peringkat lebih tinggi.

”Kita berhasrat membuka Uncle K di peringkat antarabangsa. Diharapkan kerjasama dengan Sheng Tai International ini akan membawa kepada pembukaan pasaran di China,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *