130 PELAJAR TERIMA PERANTI PINTAR PERCUMA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMAMD ZAIDEE DAUT

JASIN – Seramai 130 pelajar tingkatan lima yang kurang berkemampuan dari 13 sekolah menengah di Parlimen Jasin terpilih menerima sumbangan peranti pintar percuma.

Usaha ini bagi membolehkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekaligus memudahkan pembelajaran mereka sebelum memulakan sesi pesekolahan secara bersemuka April depan.

Sumbangan peranti pintar beserta kad sim dilengkapi data 30GB itu dibiayai Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah .

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, setiap sekolah diberi tanggungjawab memilih 10 pelajar dalam keluarga kategori B40 untuk menerima sumbangan berkenaan.

Katanya, langkah itu bagi meringankan beban keluarga mereka untuk memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih untuk mengelakkan pelajar tercicir mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *