MARINA SAHABUDIN
AYER KEROH – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama Syarikat Eyecon Optometry Networks menyumbangkan bantuan cermin mata kepada 100 pelajar terpilih di negeri ini.
Bantuan tersebut bernilai RM100 setiap seorang termasuk bengkel penjagaan mata, pemeriksaan susulan dan pemantauan tahap perkembangan pelajaran dengan kerjasama
Menerusi bantuan ini Ketua Pegawai Eksekutif, Eyecon Optometry Networks, Datuk Murphy Chan Hian Kee yang telah menyumbang sejumlah RM7,500.00 manakala bantuan keseluruhan sebanyak RM15,000.
Kumpulan sasar menerima bantuan ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang tergolong dalam kategori B40 yang disahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Menurut Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu, program seumpama ini boleh disertai mana-mana rakan strategik lain bagi meringankan beban kepada golongan yang memerlukan.
“Sekiranya syarikat korporat mahupun pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai konsep serta idea untuk menyebarkan usaha murni seumpama ini, mereka dialu-alukan untuk berhubung dengan Jabatan Pembangunan Korporat dan Komuniti MBMB.
“Usaha berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan memberi kesempatan kepada lebih ramai golongan sasar menerima manfaat,” katanya di laman sosial FB milik MBMB.
-MF-