PIT STOP CRUISE BAHARU DI MRC

Marina sahabudin

PENGKALAN RAMA – Melaka River Cruise (MRC) memperuntukkan sejumlah RM400,000 bagi membina empat ‘pit stop’ atau jeti baharu termasuk menaik taraf satu jeti sedia ada di fasa satu Sungai Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, peruntukan diperolehi hasil kutipan caj warisan pelancongan bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pengunjung.

“Inisiatif membina pit stop cruise ini sebagai stesen produk pelancongan baharu yang mempunyai tiga bot khas

“Menariknya, perkhidmatan ini boleh digunakan pengunjung seharian dari stesen ke stesen lain menerusi pembelian ‘one day ticket’,” katanya pada Program Gotong-Royong Bulanan PPSPM.

Tambah Murad, 14 jeti akan dibina di bawah fasa satu MRC dan sehingga kini terdapat lapan jeti sudah dibangunkan.

“Antara jeti di lokasi sedia ada seperti di Kampung Hulu, Kampung Morten serta The Shore.

“Kita berharap ‘pit stop cruise’ ini akan dilancarkan awal Mac ini dan ia merupakan usaha PPSPM bagi meningkatkan kualiti produk pelancongan Melaka yang mana MRC salah satu ikon pelancongan negeri,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *