Marina sahabudin
BANDAR MELAKA – LaCrista Hotel Melaka mengadakan promosi Bufet Iftar Ramadhan Juadah Warisan sempena meraikan bulan yang mulia itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, lebih 200 hidangan tempatan dan antarabangsa akan dihidangkan bagi piihan pengunjung.
Menurutnya, menu yang unik dan istimewa bakal memberikan pengalaman berbeza sepanjang menikmati juadah berbuka puasa di hotel ini.
“Antara yang pasti menjadi pilihan termasuklah Nasi Arab Kepala Kambing, Sup Torpedo, Bihun Sup Lidah Lembu dan Nasi Dagang LaCrista,” katanya.
Jelas Rosthman, harga bufet tersebut bermula RM98 untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak dan warga emas.
“Tawaran menarik boleh dinikmati iaitu RM88 sahaja untuk dewasa jika membeli baucer ini sebelum 10 April nanti,” katanya.
Bufet akan dimulakan pada 13 hingga 12 Mei pada jam 7 petang sepanjang Ramadhan.
Surau lelaki dan wanita turut disediakan bagi kemudahan pengunjung.
-MF-