MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperluaskan penyertaan belian minyak masak terpakai (Program Biodesel) kepada orang ramai dalam usaha merealisasikan Kempen Kitar Semula minyak masak terpakai.
Terdahulu, program yang memasuki tahun keempat penganjuran itu hanya dibuka kepada anggota MBMB sahaja, sebaliknya kini ia dibuka kepada umum.
Program turut mendapat kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Syarikat Evergreen Oil & Feed Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang berdaftar dan berlesen dengan Lembaga Sawit Malaysia Sdn. Bhd. (MPOB).
Difahamkan, menerusi program ini sebanyak 393 kilogram minyak masak terpakai berjaya dikumpul dan setiap satu kilogram dibeli dengan harga RM1 oleh pihak syarikat.
MBMB berharap inisiatif seumpama itu dapat mendidik dan menyebarluaskan amalan ‘hijau’ di kalangan anggota dan warga bandaraya.
-MF-
Sumber Fb Mbmb