Marina sahabudin
MELAKA – Hujan lebat bermula jam 5.30 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dilanda banjir kilat.
Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Pengkalan Rama Pantai, Krubong dan Batu Berendam.
Menerusi perkongsian orang ramai di laman sosial facebook mereka, didapati ada rumah yang turut dimasuki air.
Lebih menyedihkan apabila difahamkan beberapa buah kenderaan turut ditenggelami air.
Pada masa sama, terdapat kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat serta angin kencang.
Bagaimanapun, kejadian telahpun mendapat perhatian pihak berkenaan dan tindakan segera turut diambil.
-MF-
Post Views: 255