Marina sahabudin
ALOR GAJAH – Kejadian tebing runtuh di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat baru-baru ini akan segera ditangani.
ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar berkata, selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan berhubung perkara itu, beliau segera melakukan lawatan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, keadaan tebing yang runtuh terjejas teruk sehingga mencemaskan pihak sekolah.
“Saya dan pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah melihat dan mengambil kita tindakan sewajarnya.
“Sangat penting untuk mengatasi masalah ini dengan segera demi keselamatan murid-murid di sekolah ini.
“Sementelah musim persekolahan juga sudah bermula,” katanya.
-MF-
Post Views: 311