Oleh Farah Ismail
Petikan Berita CNN – Mantan Presiden Barack Obama mengucapkan tahniah Kepada Presiden Joe Biden atas kejayaan meluluskan usulan bantuan Covid-19 melalui Senat, dan juga merupakan perundangan utama pentadbiran sementara Amerika Syarikat yang mengalami kerugian kewangan akibat wabak tersebut.
Dalam beberapa siri tweet berikutan Senat mempersetujui usul tersebut, Obama mengatakan bahawa bantuan Biden bernilai USD 1.9 trillion akan ‘menaiktaraf kehidupan isi rumah di seluruh negara.’
‘Usul penting ini disasarkan untuk membantu isi rumah membayar komitmen bulanan dan menyediakan makanan, membantu jutaan kanak-kanak miskin, menyediakan khidmat kesihatan yang lebih murah, membantu usahawan-usahawan kecik, membiayai usaha vaksinasi secara meluas, dan mempermudahkan pembukaan semula sekolah’, tulis bekas Presiden Dekmokrat itu.
Obama menyebut ‘ini adalah satu peringatan tentang kepentingan pilihan raya dan mengapa setiap undian adalah penting.’
‘Inilah kemajuan yang boleh dicapai apabila kita memilih pemimpin kerajaan yang bersungguh-sungguh mengejar kebaikan untuk rakyat’,katanya.
Senat meluluskan rancangan bantuan Covid-19 Biden pada Sabtu lalu dalam sebuah ‘undian parti’ yang berlangsung selama 12 jam untuk meyakinkan Joe Manchin, seorang Senator Demokrat, bagi menyokong usul untuk meningkatkan pendapatan faedah pengangguran.
Ketua Pemimpin Majoriti, Steny Hoyer mengumumkan bahawa dewan kerajaan memilih menyetujui usul pada hari Selasa untuk memberi kelulusan ke atas perubahan yang dibuat oleh Senat, dan kemudiannya akan ditandatangani oleh Biden.
Biden menyebut pada hari Sabtu bahawa keputusan Senat adalah merupakan ‘satu langkah kemajuan’ dalam mengotakan janjinya untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Amerika Syarikat.
Dalam ucapannya di Rumah Putih, Biden mengucapkan terima kasih kepada Naib Presiden Kamala Harris dan senator demokrat yang memberi kelulusan terhadap usulan itu.
‘Jelas sekali ini bukanlah perkara mudah dan tidak selalu berjalan dengan lancar. Namun, ia adalah suatu yang sangat diperlukan’, katanya lagi.
Sumber Petikan Berita CNN
-MF-