‘DENGAR’ TUNTUT STRATEGI HOLISTIK BANTU MASYARAKAT

Marina sahabudin

TV AlHijrah tampil menerbitkan sebuah rancangan baharu iaitu ‘Dengar’.

Program ini lari daripada kebiasaan stesen tersebut yang cukup terkenal dengan DNA menyampaikan ilmu menerusi keupayaan berbicara berbanding mendengar.

Merupakan sebuah program semi-realiti, Dengar berkongsi permasalahan individu yang tular di media sosial dan menuntut bantuan serta solusi terbaik buat permasalahan tersebut.

Ia disiarkan secara langsung bermula 4 Mac 2021, setiap Khamis, 13 episod, jam 9 malam secara langsung.

Dengan tagline Mendengar Masyarakat, pasukan penerbitan Dengar turun padang setiap kali menerima aduan atau kisah kesusahan yang dikongsikan netizen menerusi emel rasmi program ini.

Tujuan turun padang adalah tidak lain tidak bukan untuk memastikan kesahihan serta menilai ruang penyelesaian serta saluran terbaik untuk memberikan bantuan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris, masyarakat pada hari ini menjadi sangat selektif dalam meminjamkan pendengaran.

“Kemahiran mendengar selalu diabaikan di dalam komunikasi yang berkesan. Obsesi kita terhadap isu-isu yang kita pilih untuk lihat, beri perhatian dan solusi menyebabkan gambaran permasalahan secara besar tersasar malah gagal difahami secara menyeluruh. 

“Allah SWT menciptakan manusia sempurna dengan dua pasang kaki, tangan, mata dan telinga. Namun Allah ciptakan kita semua dengan satu mulut sahaja. Maka kurangkan bercakap namun lebihkan mendengar dan mengambil tindakan. 

“Ini yang kita cuba terapkan menerusi rancangan Dengar. Kita percaya bahawa mendengar itu sendiri adalah syifa’, penyembuh dan rawatan buat yang memerlukan. Apatah lagi selepas itu kita susulkan dengan tindakan yang membawa kepada penyelesaian permasalahan tersebut,” katanya.

Dengar adalah hasil cetusan idea dan inspirasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menuntut penglibatan dan kerjasama semua pihak seperti agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan syarikat korporat.

Ini adalah gerak kerja bersifat 360 darjah. Bermula dengan aduan diterima daripada netizen, krew DENGAR akan turun padang meninjau dan menjalin hubungan awal dengan responden yang sedang berada dalam musibah.

Tambah Namanzee, usaha pasukan penerbitan tidak habis di situ.

“Mereka kemudiannya perlu membuat kajian lanjut serta berhubung dengan agensi-agensi dan pihak-pihak yang terlibat dalam mencari solusi terbaik. Kemudiannya, kita akan jemput responden ke studio digital TV AlHijrah untuk sesi perkongsian.

“Kita selit pula elemen kejutan buat responden. Di studio, responden akan menerima bantuan yang diperlukan samada dari pihak penaja atau agensi-agensi yang berkenaan.

Bantuan pula tidak tertumpu kepada material semata, ia termasuk sokongan emosi dan psikologi,” katanya.

Dengar mempertaruhkan dua nama besar negara dalam bidang pengacaraan iaitu Wan Kamarudin Wan Ibrahim selaku hos di studio dan Hazeman Huzir sebagai wartawan lokasi.

Jangan lupa sama-sama saksikan Dengar pada setiap khamis di TV AlHijrah.

Ayuh kita sama-sama jadi masyarakat yang benar-benar mendengar untuk memahami dan membuahkan respons.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *