PKP TAK HALANG DERMA DARAH

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina sahabudin

MASJID TANAH – Keperluan darah yang mencukupi sepanjang masa sangat penting bagi merawat pesakit seperti mangsa kemalangan, ibu mengandung yang mengalami komplikasi pendarahan serta pesakit yang menjalani pembedahan besar dan lain-lain.

Sekurang-kurangnya 2,000 beg darah diperlukan di seluruh Malaysia setiap hari.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, di Melaka pula kempen derma darah terus dilaksanakan sebagai usaha memenuhi keperluan kepada minima 32,000 beg darah setahun.

“Ia juga bagi mengekekalkan keperluan berterusan bekalan darah Melaka Blood Bank (Hospital Melaka) supaya berada dalam tahap selamat sepanjang pandemik Covid-19.

“Kami berusaha mewujudkan kesedaran masyarakat kepentingan menderma darah bersama-sama agensi, NGO mahupun korporat untuk berkerjasama turun padang mendekati masyarakat.

“Dengan pendekatan ini, semangat mementingkan keselamatan orang ramai dapat dipupuk menerusi sumbangan penderma darah yang membantu rakyat Malaysia memerlukan tanpa mengenal agama dan bangsa,” katanya kepada MelakaFirst.

Program 1 Beg Darah Selamatkan 3 Nyawa anjuran Parlimen Masjid Tanah, PMPM dan Melaka Blood Bank (Hospital Melaka) bertujuan menggalakkan masyarakat menderma darah dari masa ke semasa.

“Keperluan darah adalah berterusan, ‘darah tak pernah cuti’, setitis darah, satu harapan, sejuta senyuman.

“Kali ini sambutan juga sangat menggalakkan walaupun dalam suasana PKP, kita juga berjaya mencapai target yang mana lebih 70 beg darah dikumpulkan,” katanya penganjuran tersebut merupakan kali ke 25 melibatkan PMPM sepanjang tempoh PKP.

Hadir sama, Setiausaha Ahli Parlimen Masjid Tanah, Norihan Bahari mewakili Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, Nur Batrisyia Izzah Jefry, 20, berasa teruja dapat menderma darah buat kali pertama.

“Saya rasa sangat gembira dapat sama-sama menyumbang darah menerusi program ini. Diharap saya berkesempatan melakukannya lagi,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *