ASBAB JAGA ANAK SYURGA, DIPERMUDAH TUNAI HAJI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MARINA SAHABUDIN

RAWANG – Mengenang kembali momen sepanjang arwah Zubaidi Amir Qusyairi di dalam jagaannya, Norlida Abu Hassan berkata, berkata banyak kenangan manis serta keindahan tercipta yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Kongsi Norlida yang mesra disapa Umi ini, sekitar tahun 2019 dia dan suami telah dijemput untuk menunaikan ibadah haji.

Panggilan ke tanah suci itu sememangnya dinanti-nantikan Umi meskipun ketika itu dia mengakui tidak mampu untuk ke sana.

”Bayangkan, masa dapat tawaran tu, dalam akaun Umi cuma ada RM1,700 dan suami pula hanya RM1,200.

”Masa tu memang terfikir nak tolak, tapi sahabat kami nasihatkan, jangan tolak, terima saja.

”Bagi nama, katanya Insya-Allah ada rezeki nanti. Masa tu, Umi cerita dengan dia sebab memang Umi tak cukup duit nak ke sana,” kongsinya kepada MelakaFirst.

Tambah Umi, ketika tawaran tersebut diterima, hanya beberapa bulan sahaja tempoh yang ada untuk mengumpulkan wang sebelum menunaikan fardhu haji.

”Umi terfikir, Umi cakap pada suami, mana nak cari RM10,000 sorang ni. Rupa-rupanya, dalam masa tu la, sahabat kami ni, usaha kumpulkan dana dan sumbangan.

”Tapi memang kami fikir tak sempat dah, sebab tinggal berapa bulan jer, lagipun, kami nak tanggung belanja anak-anak lagi.

”Masa tu pun Amir baru 5 tahun, memang Umi sendiri risau nak tinggal dia. Macam-macam Umi fikir,” katanya.

Namun kata Umi, disebalik kesukaran tersebut, Allah SWT telah menyusun cantik perjalanan hidupnya kerana mengambil arwah Amir sebagai anak angkat.

”Walaupun hidup kami tak mewah, tak kaya macam orang lain, tapi Umi sentiasa usahakan makan minum anak-anak.

”Sama juga untuk Amir, apa yang Umi dan suami ada, kami berikan pada dia macam anak-anak lain, mungkin kerana asbab menjaga arwah inilah, Allah SWT permudahkan urusan kami ke tanah suci,” katanya.

Siapa sangka, impian Umi dan suaminya untuk ke tanah suci akhirnya dimakbulkan.

”Hari terkakhir tu, kawan kami panggil untuk lihat jumlah yang ada dalam akaun.

”Memang kami terperanjat sangat, Umi ada hampir RM12,000 dan suami sekitar RM10,000.

”Lebih mengharukan kami, sebelum ke sana, rakan-rakan turut menyumbangkan wang saku berjumlah RM5,000. Memang Umi tak jangka semua tu,” katanya.

Tambahnya, dia yakin apa yang berlaku kerana kebajikan yang telah dilakukan kepada arwah Amir.

”Umi yakin sedikit sebanyak ini ganjaran Allah SWT kepada kami. Sebelum Amir pergi lagi, dia dah banyak bantu kami tanpa kami sedari.

”Inilah kenangan Umi paling tak boleh lupa sepanjang menjaga arwah Amir,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *