Marina sahabudin
SUNGAI UDANG – Meskipun penularan wabak Covid 19 di negeri ini dilihat semakin munerun, namun, masyarakat yang terjejas terus dibantu dari semasa ke semasa.
ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan bantuan kit makanan, wang bencana dan kupon baju sekolah kepada golongan memerlukan dalam DUN itu.
Menerusi perkongsian beliau di laman sosial facebook miliknya, seramai 16 penerima telah mendapat menafaat.
Ujar beliau, diharap usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka.
”Kita sentiasa prihatin akan nasib dan permasalahan ditimpa mereka. Sebarang bantuan atau masalah dalam DUN ini boleh dilaporkan kepada pihak japerun untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
-MF-
Post Views: 299