Beri Peluang Wanita Terajui Kepimpinan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

AYER KEROH- Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Melaka, Firda Ayu Mohd Zubir mahu pimpinan wanita diberi perhatian dan peluang menjadi calon dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, hasrat itu disuarakan sepadan dengan usaha yang dilakukan oleh Wanita UMNO terutama sejak kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada tampuk pemerintahan negara.

Firda yang turut aktif sebagai barisan hadapan pasukan siber UMNO berkeyakinan
tinggi bahawa Wanita UMNO akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kebangkitan penuh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

Katanya, peranan wanita terbukti, bahkan saling berganding bahu bersama Pemuda dan Puteri UMNO untuk terus bangkit dalam usaha membantu parti bergerak ke hadapan khususnya dalam suasana politik tidak stabil dan berdepan berbagai rintangan.

Jelas beliau, hasrat pasukan kepimpinan wanita ini juga telah disuarakan oleh beberapa ahli Wanita UMNO kepada Presidennya, Datuk Seri Ahmad berhubung peranan yang dimainkan golongan wanita dan penghargaan yang wajar kepada mereka.

Katanya, Presiden UMNO juga melahirkan
gambaran positif
mengenai peranan wanita dalam perjuangan parti keramat ini sekaligus menyampaikan maksud bahawa jasa kaum wanita dalam membangunkan UMNO tidak boleh disangkal.

Tokok Firda Ayu lagi,
bukan perkara kecil untuk menidakkan semangat juang
Wanita UMNO yang sanggup berkorban
sejak dahulu lagi terutama semasa era
kemerdekaan negara.

“Sejarah juga merakamkan bukan sedikit perjuangan Wanita UMNO Malaysia dalam memartabatkan kedudukan kaum wanita di negara ini meskipun berdepan berbagai cabaran.

“Apabila kerajaan BN jatuh, Wanita UMNO juga bertungkus lumus dan turun padang
berjumpa rakyat untuk menyebarkan kebenaran bahawa UMNO parti keramat yang hilang kuasa akibat fitnah.

“Justeru kita kena akui pengaruh dan peranan wanita dalam perjuangan parti, termasuk menghargai mereka dengan kewajaran memberi beberapa kerusi untuk ditandingi pada PRU nanti,” katanya.

AA

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *