COMWEL TINGKAT SOSIO EKONOMI WANITA

MARINA SAHABUDIN

MASJID TANAH – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk WIra Mas Ermieyati Samsudin menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin di atas penubuhan Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia atau Council of Malaysia Women Political Leaders (COMWEL) dan pelancaran buku Wanita Berdaya Harapan Negara.

Ujar beliau, hasrat penuh COMWEL untuk mencapai sasaran yang ditetapkan Kesatuan Parlimen Antarabangsa dengan memberi keutamaan kepada wanita.

“Perlbagai perkara akan dibawa menerusi rang undang-undang, polisi dan dasar yang menjurus kepada kesaksamaan gender serta mempertingkatkan usul- usul pemerkasaan wanita untuk dibahaskan di Parlimen Malaysia dengan mengadakan keseimbangan jumlah representasi gender dalam kalangan perwakilan.

“Ia turut memberi penekanan kepada peruntukan yang lebih mesra wanita, setiap pembangunan dan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan mestilah peka terhadap isu dan keperluan wanita Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Keusahawanan Wanita (JIKW) menyifatkan, penubuhan JIKW oleh MEDAC sangat bertepatan bagi memperkasa keusahawanan wanita.

“Ini akan mewujudkan sinergi yang lebih bersepadu dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian, Agensi Kerajaan, Koperasi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Saya yakin usaha ini dapat dicapai dan sokongan semua pihak yang merupakan satu manifestasi pengiktirafan kepada peranan wanita dalam pembangunan negara.

“Usaha ini merupakan agenda yang holistik dan perlu diperjuangkan secara sistematik. Justeru, saya amat berbesar hati untuk bersama-sama dengan kepimpinan COMWEL dalam mengoptimuskan agenda pemberdayaan wanita dan pengarusperdanaan gender di Malaysia,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *