TARI INANG & JOGET DALAM SENI PERSEMBAHAN MELAKA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina sahabudin

Joget bererti menari atau bertandak dan joget juga salah satu genre tarian dalam kebudayaan Melayu.

Tarian joget adalah tarian rakyat (folk dance) yang diterima oleh semua golongan lapisan masyarakat Malaysia.

Kedatangan Portugis ke Melaka yang membawa tarian ‘branyo’ berjaya menjadikan joget diminati oleh masyarakat tempatan ketika itu.

Mengambil kira latar belakang tarian joget dan sinonimnya kepada Melaka khususnya, pesta joget ini ditampilkan dalam bentuk baru yang menarik.

Kini sebagai tarian sosial yang paling popular, Inang dan Joget telah diolah menjadikannya dalam pelbagai versi joget dan inang dari segi rentak, gerak dan lagu yang dikoreografkan daripada gerak asal sehingga kontemporari dan kreasi baru.

Hal ini menyebabkan Inang dan Joget terus kekal menjadi tarian tradisional yang paling popular selaras peredaran zaman dan sekaligus menjadi tarikan dalam seni persembahan bagi aspek pelancongan budaya di negeri Melaka.

Saksikan perkongsian menarik tentang Perkembangan Tari Inang & Joget Dalam Seni Persembahan di Melaka Oleh Puan Noriah Ahmad, Ketua Unit Kebudayaan, Institut Warisan Melaka (INSWA), Saudara Wee Juann Lee, Penolong Pengurus Kebudayaan, Briged Seni Melaka dan Abdul Razin Ahmad, Artis Budaya B29 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.

Persembahan menarik ini boleh disaksikan hari jam 3 petang menerusi laman sosial Facebook rasmi JKKN @mysenibudaya.

Karya terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka serta Institut Warisan Melaka ini juga boleh dilayari di pautan https://www.facebook.com/watch/?v=1100328240452522 dan https://youtu.be/gQjOMdPNG4k .

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *