BANTAHAN GUNA KALIMAH ALLAH

Marina sahabudin

KLEBANG – Muafakat Ummah Melaka bersama pimpinan NGO Islam Negeri Melaka memprotes dan membantah penganut agama Kristian di seluruh negara menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Menurut Pengerusi Muafakat Ummah Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, bagi mereka kalimah ‘Allah’ adalah hak ekslusif orang Islam.

“Jika tujuan untuk pendidikan, mereka boleh sahaja menggunakan kalimah “ Tuhan ” tidak perlu mencabar umat Islam dengan cara begini.

“Kerana ia amat sensitif buat umat islam di negara ini. Hormatilah Agama Islam. Jika kami boleh menghormati agama mereka, mereka juga wajib menghormati agama kami,” kongsi beliau menerusi laman sosial facebook miliknya.

Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan satu himpunan dalam masa terdekat ini bagi menggesa dan mendesak kerajaan merayu dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan lain.

Malam tadi, satu mesyuarat berkenaan bantahan tersebut telah diadakan di kediaman Mohamad Ali dengan kehadiran lebih 30 pimpinan NGO Islam.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *