Tingkat Pengetahuan Vaksin Bagi Warga Emas

Marina sahabudin

ALOR GAJAH – Ziarah Mesra Sihat Selamat bermatlamat memberi pendedahan mengenai kepentingan mengambil vaksin dalam kalangan warga emas.

Program anjuran Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) bersama Volunteers For Community Engagement and Empowerment For Covid-19 (VCEE19) itu diharap dapat menyampaikan maklumat tepat mengenai vaksin terhadap golongan berisiko tinggi bagi melindungi dan mengelakkan mereka daripada jangkitan Covid 19.

Antara warga emas diziarahi adalah Kamisah Mohd Noh, 71, Kamsiah Abdul, 84, dan Halus Ismail, 85.

Menurut Timbalan Presiden PMPM, Azlin Othman, aktiviti hal ehwal kesihatan dan kebajikan ini dilaksanakan menerusi kaedah tinjauan dan penerangan Kenali Ubat Anda serta Baik dan Perlunya Vaksin terhadap komuniti dalam membanteras Covid-19.

“Kita juga meluangkan masa bertanya khabar, menyampaikan hadiah mesra kit kesihatan, peralatan keselamatan ‘facemask dan hand sanitizer’.

“Ia penting supaya semua dapat memahami masalah serta keperluan kesihatan dan kebajikan mereka, kemudian perkara ini dirujuk kepada agensi berkaitan untuk bantuan susulan dan penyelesaian,” katanya kepada MelakaFirst.

Hadir sama, Ahli Farmasi Komuniti, Md Isa Tahir.

Jelas Azlin, penerangan ringkas mengenai aplikasi MySejahtera yang telah ditambah nilai dengan modul ‘Vaksinasi Covid 19’ dan beberapa medium dan platform turut diadakan.

“Selain itu, banyak lagi perkhidmatan lain disediakan kerajaan bagi urusan pendaftaran serta bagaimana mereka boleh mendaftar untuk menerima vaksinasi secara percuma mengikut kelayakan selain memberi penerangan berkaitan ubat selamat dan betul,” katanya.

Tambahnya, masyarakat turut disampaikan mengenai tiada vaksin Covid-19 dibenarkan dijual secara sah di pasaran Malaysia.

“Warga emas khususnya dinasihati lebih berhati-hati jika ada menemui atau ditawarkan bekalan vaksin oleh pihak lain selain KKM kerana vaksin tersebut mungkin palsu ataudatang daripada sumber yang tidak sah.

“Harapan kami, seluruh rakyat Malaysia khususnya di negeri ini yang layak untuk diberikan vaksin Covid 19 supaya mendaftar sebagai penerima vaksin dan jangan ragu-ragu tentang kebaikan serta keperluan vaksin ini yang selamat dan berkesan,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *