TINGKAT HAK PENGGUNA

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – 15 Mac setiap tahun adalah ‘Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia’. Hari ini adalah acara sambutan dan tanda kesatuan semua pergerakan pengguna di seluruh dunia.

Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman, ia mula disambut pada 1983.

“Ini merupakan satu acara penting yang bertujuan untuk menilai sejauh mana prinsip perlindungan pengguna telah dilaksanakan di negara ini.

“Begitu juga usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan perlindungan dan kebajikan pengguna. Dalam hal ini, semua pihak, termasuk kerajaan, NGO dan pengguna, perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya kepada MelakaFirst.

Jelasnya, adakah kita tahu terdapat lapan hak asasi pengguna diterima pakai diseluruh dunia.

“Ia turut diambil kira dalam undang-undang serta peraturan berkaitan pengguna sama ada untuk digubal, dipinda atau dikaji semula.

“Pengguna bijak, peniaga beretika. Keadaan sebegini tentu sekali boleh bentuk negara makmur, adil, sejahtera,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.