MARINA SAHABUDIN
LENDU – Jawatankuasa Masjid Saidina Umar Al-Khattab mengambil inisiatif mewujudkan Gerobok Rezeki bagi membantu golongan memerlukan di kawasan itu.
Menerusi program ini, golongan sasaran yang berhadapan kesukaran dan tidak mempunyai kemampuan boleh mendapatkan bekalan makanan asas di masjid ini.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali turut meluangkan masa melancarkan program itu semasa lawatan kerja beliau ke DUN Lendu baru-baru ini.
Beliau yang juga ADUN Lendu mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa masjid kerana mengambil inisiatif menganjurkan usaha tersebut.
Kata beliau, Gerobok Rezeki satu usaha murni dan pastinya memberikan manfaat kepada golongan kurang bernasib baik.
-MF-
Sumber : FB Sulaiman Md Ali