SERTAI KURSUS RFID, TOUNCH N GO

MARINA SAHABUDIN

MERLIMAU – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi atau PENJANA-KPT CAP merupakan inisiatif kerajaan menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak Covid 19.

Justeru, Politeknik Merlimau (PMM) mempelawa mereka yang berminat untuk meningkatkan kemahiran Radio-frequency Identification (RFID) Technology menerusi Kursus Penyelenggaraan Sistem Peralatan Toll (RFID dan Touch N Go) anjuran institusi pendidikan tinggi itu.

Menariknya, setelah tamat mengikuti program ini anda akan mendapat sijil kompetens Radio-frequency identification (RFID) Technology.

Kemudian mereka yang layak akan ditawarkan jawatan juruteknik di beberapa agensi pengendali lebuhraya seluruh Malaysia dan juga beberapa industri di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.

Bagi yang berminat permohonan boleh dibuat di https://forms.gle/WDZcsdqu3JfVd8yr6.

Syarat ditetapkan adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
  • Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil.
  • Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  • Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *