SELEPAS 127 TAHUN, POKOK IKONIK MENYEMBAH BUMI

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

BANDA HILIR – Pokok ikonik dari jenis Batai Laut yang berusia 127 tahun di hadapan bangunan Stadthuys, di sini yang pernah menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah di bumi Melaka tumbang menyembah bumi kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Pokok yang ditanam sekitar tahun 1894 ketika era penjajahan British dan menjadi lokasi tarikan pelancong untuk berteduh dan mengambil gambar itu tumbang dipercayai berikutan akarnya yang sudah tidak mampu bertahan lagi.

Pokok Batai Laut atau nama saintifiknya ‘Peltophorum Pterocarpum’ berketinggian 18 meter dan berdiameter hampir 1.5 meter yang ditanam berhampiran Jam Besar dan Air Pancut Ratu Victoria itu merupakan antara pokok yang ditanam di sepanjang gigi air Selat Melaka sebagai simbolik sempadan kawasan sebelum kawasan Bandaraya Melaka ditambak.

Berikutan kejadian itu, difahamkan MBMB kini sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan dan dijangka akan melakukan penanaman semula dari pokok jenis yang sama bagi menggantikan pokok yang telah tumbang itu.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *