MARINA SAHABUDIN
MELAKA – Negeri Melaka telah diiktiraf sebagai negeri pertama di Malaysia ke arah patuh dan amal SOP Covid-19 premis dan fasiliti pelancongan.
Pengiktirafan itu diberikan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang disampaikan, Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman kepada EXCO Pelancongan , Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Inisiatif ini dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka melalui Tourism Melaka dengan kerjasama MPC sebagai salah satu langkah meningkatkan tahap keyakinan pelancong untuk terus mengunjungi Melaka.
Pelaksanaan tersebut adalah memastikan SOP Covid-19 dipatuhi dengan ketat dan sepenuh hati.
Program pensijilan ini melibatkan semua premis dan fasiliti pelancongan termasuklah penginapan, tempat tarikan, homestay, muzium dan galeri, kenderaan pelancongan , retail dan sebagainya.
-MF-
SUMBER : TOURISM MELAKA