TEKNOLOGI DESCALE DI PUTRA HOSPITAL

MARINA SAHABUDIN

BANDAR MELAKA – Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan KS Industrial Tools menerusi pelaksanaan DéScaIe Green Solution di pusat perubatan itu.

Difahamkan, teknologi HVAC yang direka khas untuk meningkatkan kecekapan Chiller’s Co-efisien of Performance (COP) dan Cooling Tower telah dipasang di PSHMSB sejak 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSHMSB, Datuk Wira Hjh Radhuana Binti Salleh, selepas pemasangan tersebut, pihak PSHMSB mendapati hasil yang luar biasa pada prestasi penyejukan HVAC hospital berkenaan yang faedahnya telah meluas sehingga kestabilan kelembapan di seluruh jabatan.

”Dengan pengurangan penggunaan elektrik purata Chiller sebanyak 12.07 peratus, bersamaan dengan frekuensi pembersihan menara penyejukkan yang jauh berkurang, DéScale telah melengkapi kami dengan penjimatan besar dalam kos operasi HVAC.

”Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada KS Industrial Tools untuk usaha berterusan dalam memberikan hasil yang membina untuk PSHMSB, serta Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) kerana mempelopori pengenalan teknologi DéScale.

”Teknologi ini sangat disyorkan sebagai pengganti lestari untuk semua bahan kimia menara penyejuk, seperti yang disaksikan dalam prestasi HVAC di Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *