GRUP MALAYSIAKU DULU-DULU, WADAH PENYATUAN BANGSA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

Penularan pendemik Covid-19 pada awal tahun 2020 memberi berbagai persepsi dan mengubah corak kehidupan manusia secara total.

Malah, kebergantungan masyarakat terhadap
media sosial juga sangat ketara dan menjadikan ia revolusi yang berkembang pesat.

Jika satu masa dahulu ia hanya digunakan untuk seseorang itu mencipta laman sosial peribadi, kemudian kepada halaman-halaman bisnes dan sebagainya, kini ia terus diperluaskan dengan menjadi medium penyatuan pelbagai bangsa.

Mengambil contoh halaman Malaysiaku Dulu-Dulu (MDD), ia terus menjadi perhatian apabila kini mempunyai hampir setengah juta ahli daripada pelbagai bangsa dan agama.

Menariknya, ia menjadi medium terkini bagi mengumpulkan seluruh kaum di negara ini untuk bersatu-padu hanya menerusi sebuah halaman yang wujud di media sosial.

Walaupun tidak bertemu muka, namun, apa boleh disimpulkan di sini, di mana saja kita berada atau siapapun kita, ia bukan alasan untuk kita menunding jari atau berpecah-belah sesama manusia walaupun berbeza warna kulit, agama dan kepercayaan.

Lebih membanggakan apa sahaja perkongsian diutarakan mahupun dibacarakan di sini, ia sentiasa mendapat respon positif daripada ahli-ahlinya.

Melihat kepada perkembangan ini, boleh dikatakan Malaysiaku Dulu-Dulu (MDD) telahpun menjadi satu ‘group’ yang paling harmoni di Malaysia.

Mungkin dalam situasi kini, ada di antara kaum-kaum tidak bersetuju pendapat, pandangan dan sebagainya, tetapi situasi sedemikian tidak berlaku di grup popular ini.

MDD ini muncul tepat pada masanya kerana sedikit sebanyak ia mampu mengikis sikap rasis yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Halaman ini pada asalnya adalah untuk
berkongsi nostalgia dan kenangan dulu-dulu, yang ternyata menggamit memori setiap orang yang melaluinya.

Jangan kata Melayu, India dan Cina, sebaliknya Baba Nyonya, Chetti,
Orang Asli, Bidayuh, Iban, Serani juga mempunyai berbagai memori indah untuk dikongsi bagi
memeriahkan platform dalam talian ini.

Bahkan ada antara penulisan mereka yang sering dinanti-nantikan ahli MDD, terutama ikon grop tersebut, Veera Saravanan atau Boi yang popular dengan tanda bicara, ‘Boi kembali bercerita’

Kesimpulannya, Malaysiaku Dulu-Dulu tanpa sedar kini telah muncul menjadi sebuah kumpulan besar dan
wadah untuk kita menerapkan semangat harmoni, saling menghormati dan melengkapi antara satu sama lain.

Inilah wajah Malaysia.
Syabas MDD.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *