MARINA SAHABUDIN
MELAKA – SWM Environment Melaka sentiasa mengalu-alukan masyarakat untuk menghantar barangan kitar semula.
Menerusi laman sosial facebooknya, dimaklumkan kaunter KITARecycle yang beroperasi di pejabat SMW Environment Melaka snetiasa terbuka kepada orang ramai.
Menariknya, jika di rumah anda ada banyak botol plastik, tin minuman, kertas serta barangan yang boleh dikitar semula, jom tukarkan barangan tersebut kepada mata ganjaran KITARecycle yang boleh ditebus kepada wang tunai.
Pasukan 3R Troopers juga akan membantu anda untuk mendaftar sebagai ahli KITARecycle secara percuma.
Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang!
-MF-
Post Views: 514