MARINA SAHABUDIN
AYER KEROH – Seramai 200 usahawan dalam negeri Melaka menjayakan Seminar Usahawan Muda 2021 bertempat di Dewan Hotel MITC hari ini.
Program anjuran GTSB Holdings Sdn Bhd (Melaka First) dengan kerjasama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu bertujuan meningkatkan lagi kefahaman serta ilmu peserta berkaitan bidang keusahawanan.
Menariknya, pelbagai perkongsian dapat dimiliki daripada agensi berkaitan seperti Tekun, SSM dan AIM.
Majlis Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.
Turut hadir, Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Turut diadakan peraduan #MelakaFirst #SUM2021.
Seorang pemenang akan dipilih dan mereka akan menerima tajaan makan di mana-mana hotel pilihan mereka di negeri ini.
-MF-