MARINA SAHABUDIN
MELAKA – RoboForce sebuah perusahaan kecil dibangunkan anak muda di negeri ini bagi menjalankan kelas-kelas ‘programming’ dan robotik kepada pelajar-pelajar sekolah.
Menurut Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menerusi lawatannya ke premis berkenaan, Roboforce menjadi medium untuk memupuk kemahiran teknologi digital dan ‘critical thinking’ dalam kalangan golongan belia.
“Mereka memberitahu saya bahawa ada ramai pelajar Melaka yang berbakat. Ada yang mampu mereka cipta prototaip produk.
“Antaranya ialah sebuah alat yang boleh membantu pesakit imsonia,” katanya.
Jelas beliau, Roboforce juga membangunkan 3D printer mereka sendiri dan telah menggunakannya secara komersial.
“Usaha-usaha sedemikian amat penting dalam aspek membangunkan keupayaan dan sosio-ekonomi negeri Melaka.
“Negeri kita tidak kurang bakatnya, cuma perlu diberi sokongan dan insentif untuk dibangunkan dengan cemerlang,” katanya.
-MF-