MORTEN WALK TARIKAN BAHARU DI MELAKA

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – UDA Holdings bakal mewujudkan Morten Walk sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini.

Menerusi laman sosial facebook Timbalan Menteri Keusahawanan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, pendekatan tersebut dikatakan sebagai menambah nilai kepada keunikan dan tarikan pelancongan Kampung Morten.

“UDA Holdings merancang untuk membina hab keusahawanan yang diberi nama Morten Walk yang akan melibatkan pembangunan seluas 4.13 ekar.

“Di sini nanti akan dibuka 100 ruang sewaan untuk usahawan makanan, minuman, fesyen, aksesori, kedai IT dan banyak lagi,” kongsi beliau.

Jelasnya, Pengerusi UDA Holdings, Datuk Seri Jalaluddin turut memberitahu ruang ini akan ditawarkan kepada usahawan yang layak.

“Kadar sewaan dikenakan di bawah harga pasaran dan terdapat insentif seperti rebat sewaan serta manfaat fasiliti. Nampaknya, bertambah meriahlah Kampung Morten nanti.

“Insya-allah kalau tak ada aral, tempat ini dijangka siap pada bulan Oktober nanti. Sama-sama kita tunggu dan nantikan Morten Walk,” katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada UDA Holdings kerana menambah satu produk pelancongan di Melaka yang mampu menambah kebolehpasaran usahawan selain melonjakkan lagi ekonomi negeri ini.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *