KES AKTIF BERPUNCA KONTAK RAPAT

Marina sahabudin

Melaka – Situasi semasa COVID-19 di negeri Melaka adalah terkawal di mana sehingga 21 Mac lalu, sebanyak 6,286 kes di laporkan dan 141 kes aktif sedang menerima rawatan.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, hanya terdapat 8 kluster yang masih aktif di Negeri Melaka.

Menurutnya, tren peningkatan kes ini melibatkan ahli keluarga yang merupakan kontak rapat kepada kes-kes positif COVID-19 yang bermula dari tempat kerja atau kes-kes yang mendapat jangkitan daripada ahli keluarga dan seterusnya menjangkiti rakan -rakan di tempat kerja.

“Ini berlaku kerana sikap segelintir individu yang tidak mengendahkan kepentingan arahan untuk menjalani kuarantin di rumah seperti dikehendaki oleh petugas kesihatan.

“Ingin saya menjelaskan di sini, bahawa pentingnya apabila seseorang yang telah dikenalpasti sebagai kes di syaki COVID-19 atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 untuk menjalani kuarantin di rumah seperti yang di arahkan iaitu selama 10 hari.

“Selain itu, mereka yang telah menjalani ujian saringan COVID-19 tidak kira samada saringan di tempat kerja, saringan kemasukan ke tempat kerja, saringan bergejala dan lain-lain sebab saringan di jalankan juga di nasihatkan menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga keputusan saringan di perolehi, ” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *