MARINA SAHABUDIN
Ditubuhkan sejak Januari 2019, sehingga kini Double S Cocofee mempunyai kira-kira 700 agen di seluruh Malaysia bagi memasarkan produk tersebut.
Pengasasnya, Syazlin Mansor berkata, meskipun telah melalui proses RnD hampir satu tahun sekitar tahun 2018 yang melibatkan tiga buah kilang dan 11 ‘sample’, namun semua usaha tersebut berbaloi kerana hasilnya menepati dan memuaskan hati pengguna DSC.
“Kami bermula dengan modal hampir RM30,000 tidak termasuk kos-kos pengurusan, penyelenggaraan dan ‘entertainment team’.
“Bagaimanapun, sehingga kini penerimaan pengguna serta sambutan menggalakkan, kami bersyukur kerana dari semasa ke semasa pulangan dimilikki semakin melonjak,” katanya kepada MelakaFirst.
Kehadiran DSCCocofee juga sangat bertepatan pada musim pandemik Covid 19 yang mana rata-rata agen mereka berjaya mengubah tahap hidup menjadi lebih baik meskipun ramai yang terputus sumber rezeki kini.
“Awalnya kami bermatlamat ingin membantu suri rumah untuk mencipta kerjaya bersama kami dengan membuka peluang niaga sebagai ‘income’ tambahan.
“Tetapi, siapa sangka ramai yang tertarik dan berjaya bersama kami termasuklah golongan yang mempunyai kerjaya tetap.
“Apa yang penting, mereka fokus dan memberikan komitmen terbaik supaya terus berjaya bersama DSC,” katanya.
Berkongsi lanjut, ujar Syazlin, DSC mengambil masa hampir dua tahun untuk diperkenalkan dalam pasaran.
“Ini antara cabaran produk baharu seperti kami. Tetapi, atas usaha gigih serta keyakinan pengguna terhadap DSC Cocofee, kini kami mampu tersenyum dan bangga dengan kehadirannya di antara produk sedia ada.
“Lebih menggembirakan, DSC Cocofee telah mendapat kepercayaan wakil agen hebat seperti Ustaz Taufik Khalil yang merupakan pendakwah selebriti dan pemilik
UT Travel serta Pak Riz, iaitu pemilik Akademi Rabiatul Adawiyah.
“Malah, Muhammad Syakir anak kepada pakar motivasi terkenal Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah turut menyertai kami,” katanya.
Sehubungan itu, Syazlin sentiasa menawarkan peluang bersama DSC Cocofee kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama mereka.
“Kami harap dapat melahirkan lebih ramai usahawan DSC Cocofee selepas ini. Siapa tahu anda di luar sana mampu menjana pendapatan lumayan sekaligus mengubah taraf hidup menjadi lebih baik dengan kami,” katanya lagi.
-MF-