Marina sahabudin
MELAKA – Negeri Melaka melancarkan Melaka Pay Mobile Apps Gerbang Pembayaran Bersepadu Negeri Melaka menerusi Melaka Pay One-Stop Centre bagi memudahkan semakan dan pembayaran pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan agensi kerajaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi laman sosial facebook miliknya berkata, bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) kerana menjayakan usaha tersebut.
Menurut beliau, inisiatif tersebut boleh dilaksanakan menerusi empat langkah mudah iaitu, daftar, login, semak dan bayar bil.
“Mod pembayaran adalah secara dalam talian (online) menerusi perbankan internet menggunakan Financial Process Exchange (FPX).
“Manakala, setiap transaksi yang berjaya, akan dikenakan caj perkhidmatan bank sebanyak RM0.50 sahaja, bagi individu dan RM1.00 bagi syarikat, mengikut ketetapan agensi terlibat,” katanya.
Hadir dalam majlis pelancaran aplikasi itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Exco Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Abdul Ghaafar Atan.
Bagi fasa satu, mulai 22 Mac, sebanyak 18 perkhidmatan melibatkan lapan agensi Kerajaan Negeri dan enam jenis perkhidmatan ditawarkan di dalam aplikasi Mobile Apps Melaka Pay iaitu Pejabat Tanah dan Galian Melaka (PTG) iaitu Cukai Tanah, Cukai Petak; Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) (Cukai Tanah, Cukai Petak); Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ) (Cukai Tanah, Cukai Petak); Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) (Cukai Tanah, Cukai Petak); Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) (Cukai Taksiran, Kompaun, Caj Warisan); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)(Cukai Taksiran, Kompaun, Caj Warisan); Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)(Cukai Taksiran, Kompaun, Caj Warisan); dan Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).
Aplikasi Melaka Pay boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan menerusi App Store bagi pengguna Ios dijangka bermula 1 April nanti.
Kerajaan Negeri akan terus memaklumkan perluasan Melaka Pay dari semasa ke semasa melalui:
i) Hebahan Portal e-Bayar
url: https://ebayar.melaka.gov.my
ii) Portal Rasmi Kerajaan Negeri
url: https://www.melaka.gov.my
iii) Platform Media Sosial Kerajaan Negeri
Facebook Kerajaan Negeri Melaka
iv) Agensi-agensi yang terlibat.
-MF-
Sumber : FB Sulaiman md ali