ROBOT ‘KAK NAB’ LAYAN PELANGGAN

MARINA SAHABUDIN

BATU BERENDAM – Kalau anda berkunjung ke Kedai Nasi Ayam Baba yang terletak di Taman Merdeka di sini, jangan terkejut jika dilayan oleh robot yang digelar Kak Nab ini.

Menurut pemiliknya, Ahmad Shukri Shukor, kehadiran Kak Nab bertujuan membantu pengurusan kedai mengelolakan urusan perniagaan dengan lebih efisien di musim Pandemik Covid 19.

Inisiatif tersebut juga menjadikan restoran ini sebagai kedai makanan Melayu pertama yang menggunakan robot sebagai pelayan.

Kak Nab bertugas sebagai penghidang makanan dan minuman juga mempunyai kebolehan lain iaitu menyanyikan lagu hari jadi kepada pelanggan yang meraikan hari lahir mereka di restoran itu.

Difahamkan, sejumlah RM40,000 telah dibelanjakan untuk memilikki Kak Nab.

Menariknya, meskipun kos dilaburkan agak tinggi, namun bagi pemiliknya, ia sangat berbaloi.

Sejak menggunakan Kak Nab tiga bulan lalu, tidak hanya pengurusan di restoran lebih lancar, sebaliknya pelanggan juga semakin bertambah kerana mereka teruja untuk melihat Kak Nab.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *