MARINA SAHABUDIN
KLEBANG – Penyelaras Wanita UMNO DUN Klebang menganjurkan program keluarga dan agama Sempena Hari Wanita dalam usaha meluaskan peranan golongan berkenaan dalam DUN itu.
Program yang diadakan di Dewan Baitul Tariq itu sekaligus menyatukan jawatankuasa UMNO setempat bersama pimpinan UMNO tetinggi DUN Klebang dan Bahagian Tangga Batu.
Menerusi ceramah diadakan, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berharap, ia dapat dijadikan panduan dan dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Penyelaras Wanita UMNO DUN Klebang kerana berjaya menganjurkan program berkenaan.
Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Negeri Melaka, Datuk Wira Latipah Omar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Wira Abu Bakar Mohamad Diah,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Nor Adibah Abdullah dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tangga Batu, Asri Abdol.
Tidak ketinggalan seluruh jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu yang hadir menyokong pelaksanaan program tersebut.
-MF-