Farah Ismail
MELAKA- Bermula minggu hadapan, Bread Street Food tidak lagi menggunakan jenama Roti Kukus Kaya Asli Kuala Kangsar sebagai jenama utama mereka.
Ini kerana mereka ingin memberikan nafas baru selain memberi tarikan dan kelainan citarasa kepada pelanggan.
Sempena perubahan ini, mereka turut memperkenalkan dua menu baru iaitu Roti Tampal Kaya dan Roti Bakar Kaya.
Antara menu yang mendapat permintaan tinggi dan menjadi kegemaran pelanggan adalah Roti Kukus Kaya berperisa Kaya Asli Kuala Kangsar dan juga Kaya Jagung.
Meskipun berubah jenama, Bread Street Food akan mengekalkan agen sedia ada.
-MF-
Post Views: 536