DAFTAR PELAJAR SECARA DRIVE THRU

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina sahabudin

MERLIMAU – Politeknik Merlimau (PMM) menerima 685 pelajar baharu bagi pendaftaran Sesi Disember 2020 yang dilaksanakan secara pandu lalu (drive thru) dan berperingkat selama tiga hari baru-baru ini.

Pengarah Politeknik Merlimau, Mohd Hatta Zainal berkata, pelaksanaan kaedah ini bagi mengelakkan risiko penularan wabak Covid-19 dan meningkatkan kelancaran pendaftaran pelajar baharu tanpa perlu bersemuka.

“Pendaftaran secara drive thru ini dijalankan dengan mewujudkan tiga check point iaitu, pertama proses memastikan bilangan penumpang dalam kereta dan pemakluman laluan ditetapkan.

“Seterusnya check point kedua untuk semakan data pelajar, proses pengambilan suhu dan pengimbasan kod QR MySejahtera. Manakala check point terakhir ialah di kamsis pelajar, di mana mereka akan menurunkan semua barangan, membuat pendaftaran dan terus ke bilik asrama.

“Semua proses pendaftaran ini hanya melibatkan pelajar baharu dan ibu bapa tidak dibenarkan turun daripada kenderaan mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM, Ts. Zan Aizuwan Zainal Abidin, PMM telah melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan langkah-langkah yang sewajarnya seperti yang disyorkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di kampus.

“Kita juga mengambil inisiatif menggunakan aplikasi Sistem Deklarasi Kesihatan dan Penilaian Risiko Covid-19 (PolyCcDec) yang bertujuan memantau tahap kesihatan pelajar sepanjang pengasingan kendiri sebelum pulang ke kampus selama 10 hari.

“Penggunaan aplikasi PolyCcDec ini membantu pelajar baharu membuat pemantauan kendiri secara efektif dan berjadual sekaligus memberi info kepada PMM,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *