MMU PRIHATIN NASIB PELAJAR MEMERLUKAN

Marina sahabudin

AYER KEROH – Multimedia University (MMU) menerusi University Community Transformation Centre (UCTC) meluaskan peranan membantu golongan memerlukan.

Penolong Pengurus University Community Transformation Centre MMU, Nur Rabikha Zainudin berkata, pada program sesi penyerahan baju sekolah, seramai 37 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Tengkera 1, dipilih untuk menerima sumbangan kelengkapan sekolah termasuk baju, seluar, stokin dan kasut.

“Mereka turut diberikan wang saku sebanyak RM20 setiap seorang.

“Bantuan ini direalisasikan hasil daripada sumbangan orang awam yang mana sejumlah RM4440 berjaya dikumpulkan,” katanya.

Majlis penyampaian yang diadakan di MITC Melaka turut disertai sukarelawan MMU dan wakil dari Melaka Bekal.

Program anjuran Budi Forward dengan kerjasama Melaka Bekal itu bertujuan membantu pelajar asnaf yang tidak berkemampuan sekaligus meringankan beban keluarga mereka terutamanya pada awal sesi persekolahan 2021.

Tambah Nur Rabhika, walaupun dunia dilanda wabak COVID 19, ia tidak menghalang warga kerja MMU menjalankan program ini.

“Pelaksanaannya walaupun secara sederhana dan norma baharu,  tetapi ia berjalan dengan lancar.

“Ini terbukti apabila jelas kelihatan senyuman di wajah penerima. Ucapan terima kasih dan terharu mereka mengambarkan perasaan gembira lebih-lebih lagi mendapat kelengkapan sekolah baharu,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *