PERPADUAN UMMAH – JANGAN PERTIKAI ILTIZAM UMNO

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MARINA SAHABUDIN

KUALA LUMPUR – “Iltizam UMNO terhadap perpaduan ummah jangan dipersoalkan, UMNO sudah lama merintis kesepakatan Melayu, jangan ajar kita bagaimana nak menyatukan ummah,” kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan semasa berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Dewan Merdeka WTC di sini.

Mohamad berkata demikian ketika mengulas mengenai perpaduan ummah yang menjadi terma tular dan begitu trending sejak kebelakangan ini.

Ujar beliau, semua pihak bercakap mengenai perpaduan ummah
seolah-olah ummah telah berpecah-belah ke tahap yang sangat parah.

“Saya pula mempunyai pandangan yang sangat berbeza, pada saya kedudukan perpaduan orang Melayu itu tidaklah begitu meruncing.
Sesekali sudah pasti ada kocakan di sana sini, tetapi, itu sudah lumrah, bumi mana tak ditimpa hujan,” katanya.

Menurut beliau, bagaimanapun jika dilihat secara umum, perpaduan orang Melayu kini semakin kukuh.

“Sejak UMNO dan PAS mengetuai jalan perpaduan orang Melayu,
kedua parti besar ini dilihat berjaya memupuk pepaduan orang Melayu semakin erat dan akrab sehingga membuahkan pelbagai kejayaan dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu,” katanya.

Beliau berpendapat, sebagai orang Melayu, kita harus leraikan pergeseran silam dan bersatu atas nama Islam dan Melayu.

“Namun tentu sekali kita akan melihat perpecahan jika konsep perpaduan bangsa Melayu itu ditafsirkan dalam konteks politik semata-mata.

“Jadi janganlah perpaduan ummah itu pada kita tidak lebih daripada
sekadar parti-parti Melayu duduk bersama dalam sebuah perikatan politik.

“Itu tidak betul dan bagi saya, tafsiran sebegini sangat cetek.
Ini kerana jumlah orang melayu diwakili oleh kedua-dua parti besar Melayu hanya dalam lingkungan 4 juta orang sahaja.

“Sedangkan berbelas juta lagi orang Melayu diluar sana yang tidak berparti dan sertai UMNO mahupun PAS, apatah lagi menyertai PPBM,” katanya.

Jelas Mohamad lagi, namun mereka ini membentuk sebagai perpaduan ummah yang kita sebut-sebutkan.

“Perpaduan ummah mestilah dibaca pada konteks lebih besar, ia mestilah bertujuan menyatupadukan orang Melayu dengan merentasi ideologi politik, merentasi kepentingan kuasa dan merentasi status sosial.

“Jangan tegok dari segi politik saja, ramai orang tidak berada dalam politik,” katanya.

-MF-
SUMBER: YOUTUBE UMNO ONLINE

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *