TERUS PERTAHANKAN UMNO – ALI

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad turut meluangkan masa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang sedang berlangsung di PWTC di sini.

Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh beliau bertemu sahabat seperjuangan yang turut hadir ke majlis tersebut.

Ujar beliau, sudah tentu pelbagai pandangan dan idea dibincangkan bagi memperkukuhkan UMNO agar terus releven di hati rakyat, dikongsikan bersama semasa pertemuan tersebut.

“UMNO tidak akan gentar dengan segala tekanan atau ugutan. Kami akan terus lawan dan mempertahankan UMNO.

“Kami akan menyokong penuh kepada usul yang memberi kebaikkan kepada parti tanpa ragu-ragu.

“Insya-Allah UMNO akan terus bangkit dengan semangat perjuangan yang tinggi dan tidak akan berputus asa dengan setiap cabaran yang datang. Kerana kami sangat sayangkan parti keramat ini,” katanya.

-MF-
Sumber : FB Mohamad Ali

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *