CEO GTSB KENA ‘SCAM’

Marina sahabudin

SEMABOK – Ketua Pegawai Eksekutif GTSB Holdings Sdn Bhd, Dato Mohd Azmi Kasimin meminta rakan-rakan, keluarga dan sesiapa sahaja mengenali beliau berhati-hati dengan ‘scammer’ yang menggunakan nombor telefon beliau untuk meminjam duit menggunakan aplikasi whatsApps.

Menurut Mohd Azmi, kejadian tersebut diketahui beliau apabila, terdapat aduan daripada kenalan rapat malah kakitangannya mengenai perkara itu.

“Mereka laporkan bahawa saya mahu meminjam wang berjumlah RM1,000 dan akan mengembalikannya esok.

“Terkejut juga saya, nasib baiklah mereka sedar itu bukan saya,” katanya kepada MelakaFirst.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis sebagai tujuan keselamatan.

“Saya war-warkan perkara ini supaya tiada rakan, kakitangan atau saudara-mara saya terkena.

“Tolong berhati-hati semua,” katanya lagi.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *