GILA HIASAN ALA INGGERIS

AZUREEN SHARIF

MELAKA – Minat mengumpul barangan berkonsepkan ala Inggeris dalam pelbagai saiz dan bentuk hiasan sejak zaman remaja membangkitkan ‘rasa’ buat seorang suri rumah ini.

Masuk sahaja ke kediaman Razewil Md Sherif,49, mata terpukau dengan hiasan set teko, pinggan, cawan dan juga mini rumah api yang memenuhi segenap ruang, dengan bauan yang menyenangkan.

Menurut isteri kepada seorang pegawai polis itu, minatnya mengumpul barangan tersebut bermula sejak di zaman bujang dan semakin bercambah dari tahun ke tahun sehingga koleksinya kini sudah mencecah ribuan jenis.

“Mula- mula tu tak adalah sebanyak ini. Saya kumpul sikit demi sedikit. Berbaloi saya bersabar selama ini. Inilah hasil ‘tangkapan’ selama 20 tahun.

“Memang saya minat kumpul barangan begini  sebab sejak dari kecil saya sudah didedahkan dengan elemen Inggeris hingga timbul rasa cinta, sampaikan kalau boleh keliling rumah saya mahu hias sebegitu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Katil di sini.

Ibu kepada lima anak itu gemar menggunakan hiasan yang nampak unik dan antara hiasan yang menyerikan lagi ruang rumah dengan elemen Inggeris itu adalah hiasan set teko, pinggan, cawan, mini rumah api dan beberapa barangan miniature yang lain.

Uniknya, semua barangan tersebut 90 peratus diimport dari negara luar yang kebanyakannya dari England berikutan kualiti dan juga corak Inggeris yang ada pada hiasan itu berbeza dengan buatan tempatan.

“Selain sering bercuti, keluarga saya juga banyak yang duduk di luar negara seperti di England, Dubai, Australia malah adik ipar saya keja Petronas jadi dia selalu ke luar negara untuk urusan keja, dari situ saya ambil kesempatan untuk mengirim barangan kegemaran. 

“Hati lebih rasa puas bila kita beli sendiri di tempat asalnya. Design bunga yang diukir di pinggan atau di teko misalnya juga berbeza dengan yang dijual di sini. Biarpun untuk satu- satu barang itu mahal nilainya, tapi berbaloi bagi saya.

“Semua barang yang saya dah kumpul semua sayang tetapi koleksi Port Meirion paling saya suka sebab ia tidak didatangkan dengan set, dijual satu- satu,” katanya.

Jelasnya dia tidak bercadang untuk meng­hentikan hobinya sebagai pengum­pul barangan elemen Inggeris dan miniature, malah mewaris­kan minat mereka kepada anak-anak dan juga cucu.

“Sebagai pengumpul, saya tidak melihat ‘mainan’ ini sebagai sampah yang perlu dibuang, sebaliknya menjadikan ia sebagai barangan sejarah bernilai yang mungkin tidak dimiliki orang lain,” katanya.

– MF –

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *