USAH BIAR ANAI-ANAI ROSAKKAN PARTI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina sahabudin

TANGGA BATU – 27 dan 28 Mac 2021 adalah tarikh keramat buat UMNO kerana pertama kalinya bersidang secara norma baru, walaupun Persidangan Agung UMNO 2020 banyak kali ditunda tetapi ia tidak memadam api perjuangan yang marak dalam diri perjuang UMNO yang setia kepada parti keramat ini.

Pandangan diluahkan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad ini menggambarkan sudah pasti apabila bendera Sang Saka Bangsa dinaikkan, lagu UMNO dikumandangkan dan setiap bait lagu yang dituturkan akan menyemarakkan lagi api perjuangan.

Menurutnya, ketika itu mereka semua bertekad mempertahankan UMNO serta Institusi Presiden demi mengukuhkan parti ini.

“Memutuskan hubungan kerjasama dengan PPBM adalah satu keputusan yang amat tepat dan ia wajib dilakukan, kerana mereka terlalu banyak muslihat untuk mencari keuntungan peribadi umpama ‘sngguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang’.

“Jika mereka boleh mengkhianati Pakatan Harapan, tidak mustahil mereka juga boleh mengkhianati kita. Mereka membuat naratif bahawa mereka adalah perjuangan Bangsa Melayu, membela agama islam, dan memperkukuh penyatuan Ummah, akan tetapi semua ini adalah dusta dan tidak ubah seperti golongan munafik.

“Tindak-tanduk mereka tidak seiring dengan apa yang mereka perkatakan,” katanya.

Tambah beliau, sudah terang lagi bersuluh apabila dalam diam mereka terus menekan pemimpin UMNO dengan kes mahkamah serta membuat propaganda memburukkan UMNO dan memberi cerminan kepada rakyat kononnya UMNO itu telah rosak.

“Mereka juga curi ahli dan membeli pemimpin UMNO untuk menguatkan sokongan sehingga ada pemimpin UMNO sanggup menjadi katak murahan dan bergaya seperti pelacur menyertai parti PPBM demi kepentingan peribadi.

“Adakah masih tidak jelas lagi, mengapa kita perlu menolak serta menjauhi daripada PPBM? Bukan kah mencegah itu lebih baik daripada merawat? Sebelum mereka menjadi barah kepada UMNO lebih baik kita daripada jauhi golongan munafik seperti PPBM ini. Kita semua wajar sebulat suara menyokong keputusan parti menolak kerjasama antara UMNO dengan PPBM,” katanya.

Beliau juga menegaskan, Institusi Presiden wajar dihormati dan pertahankan.

“Jangan ada antara kita sanggup menjadi api dalam serkam dengan memburukkan Presiden secara terbuka sehingga sanggup menerima bantuan daripada musuh ( PPBM) hanya semata-mata untuk menggulingkan Presiden secara tidak langsungnya melemahkan UMNO.

“Kita perlu ingat, di kala UMNO sudah tiada apa-apa kuasa, di waktu itu semua ahli UMNO terkedu dan mula berada di era kegelapan serta kejatuhan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sanggup menjawat jawatan Presiden di saat itu untuk memulihkan semula semangat ahli parti dan mengukuhkan semula kekuatan parti.

“Di saat ramai pemimpin UMNO lari, beliau bersama pemimpin yang lain terus setia mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam kepimpinan. Adakah patut beliau di jatuhkan? Jawapannya tidak sama sekali..

“Apabila UMNO mula menemui kekuatanya dan mula naik, ada jugak yang sanggup mengkhianati UMNO dengan berkongsi rahsia parti kepada musuh, ini adalah perbuatan yang amat biadab, bahkan kita tidak perlu pemimpin seperti ini. Adakah kita perlu simpan mereka lagi? Sudah pasti tidak dan mereka perlu disingkirkan,” katanya.

Justeru, Ssmpena Perhimpunan Agung UMNO 2020, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO supaya rapatkan saf perjuangan.

“Kita bersama dan bersatu hati dalam mengukuhkan Parti UMNO yang dicintai, usah kita biarkan anai-anai merosakkan parti dari dalam, usah kita biarkan seteru menyerang dan mengfitnah kita.

“Kita bangkit bersama, kita lawan mereka habis-habisan. Usah takut, usah gentar, kita berjuang untuk membela untung nasib rakyat, memastikan Islam terus teguh berdiri di negara ini serta mendaulatkan negara dicintai.

“Para perjuang UMNO sekalian, jika bukan kita pertahankan UMNO, siapa lagi? Jika bukan hari ini kita bangkit semula dan membina kekuatan UMNO, bila lagi kita hendak bangkit ? Jika bukan di PWTC dan di Bahagian masing-masing kita bersatu hati, dimana lagi untuk lagi bersama?,” katanya.

Beliau turut menasihat supaya terus istiqamah dalam perjuangan ini.

“Kita melangkah dengan semangat yang membara dan tidak khayal dengan fatamorgana dunia, kerana kitalah perjuang UMNO yang sejati sentiasa bersama ketika suka dan duka,” katanya.

-MF-
Sumber : FB Mohamad Ali

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *