MELAKA – Banjir kilat mudah berlaku di negeri ini mendatangkan kebimbangan dan kegusaran dalam kelangan penduduk yang terjejas.
Sehubungan itu, pelbagai tindakan dan solusi dilaksanakan pihak berkenaan dalam usaha menangani risiko bencana itu di negeri ini.
Antara inisiatif dilakukan adalah dengan mewujudkan Jawatankuasa Khas Banjir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Rentetan banjir kilat berlaku semalam, jawatankuasa terbabit telah digesa memantau dan mengenalpasti punca beberapa kawasan di negeri ini mudah dinaikki air.
Antara lokasi pemantauan adalah Shell Malim Jaya, Rumah Pam Malim, Kampung Batu Ampar, Taman Gampam Lestari, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Bukit Beruang Bestari dan Taman Sutera Wangi (banjir lumpur).
Antara yang turun padang meninjau permasalahan ini Yang DiPertua MPHTJ, Datuk Shahdan Othman bersama Ketua WHIP MPHTJ, Ahli Majlis MPHTJ, wakil agensi berkaitan dan pegawai khas kawasan.
-MF-