MEDI TREATMENT MELAKA
TERAPI SAUNA OZON PERTAMA DI MALAYSIA

Halimah Khaidzir

MELAKA – Rawatan alternatif mula mendapat tempat dalam hati masyarakat sebagai pengganti rawatan kovensional.

Masyarakat semakin sedar rawatan konvensional bukan satu-satunya kaedah yang boleh digunapakai untuk merawat penyakit kronik.

Terapi sauna ozon ialah salah satu rawatan alternatif yang ditawarkan Medi Treatment Melaka.

Seperti yang diketahui umum, sauna merupakan inisiatif yang baik untuk membuang toksik di dalam badan melalui peluh.

Dikatakan, terapi sauna ozon merupakan rawatan membolehkan oksigen diserap masuk melalui pori-pori kulit yang terbuka akibat berpeluh daripada sauna.

Di Melaka sendiri, terdapat pusat rawatan sauna iaitu Medi Treatment Melaka.

Menariknya, ia menjadi pusat rawatan sauna ozon yang pertama di Malaysia.

Pengasas Medi Treatment, Dr. Francis Low berkata, terdapat banyak kebaikan terapi sauna ozon yang dapat membantu penerima rawatan menjadi lebih sihat.

“Terapi ini mampu mengoksidakan toksin supaya boleh disingkirkan melalui melalui kulit, paru-paru, ginjal dan usus besar.

“Ia juga boleh melancarkan peredaran darah dan menghilangkan jangkitan bakteria dan pelbagai jenis virus,” katanya kepada MelakaFirst.

Jelasnya, peningkatan suhu badan daripada sauna dan peluh boleh membunuh bakteria dan virus.

“Penambahan kesan pembersihan dimulakan oleh ozon pula mampu menghapuskan toksin yang terkumpul terutama dalam sistem limfa.

“Saya yakin lebih ramai menyedari kebaikan terapi sauna ozon jika masyarakat berfikiran terbuka untuk menerima rawatan alternatif,” katanya.

Dr. Francis Low menekankan bukan hanya penggunaan pil sahaja yang menjamin kesihatan seseorang itu menjadi lebih baik.

“Rawatan alternatif juga pilihan yang tepat selain daripada rawatan konvensional yang sudah biasa kita dengar,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *