Halimah Khaidzir
MELAKA – Pelbagai promosi terus dilaksanakan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Melaka khususnya untuk memulihkan sektor pelancongan negeri ini.
Pengarah (MOTAC) Negeri Melaka, Jay Yeow C. C., berkata, semenjak pandemik Covid 19 bermula, sektor pelancongan antara yang paling terkesan.
“Kempen ‘Melakan Visit Melaka 3.0’ yang dilancarkan pada 13 Mac yang lepas merupakan salah satu usaha kerajaan Negeri Melaka untuk mendorong rakyat Melaka sendiri untuk menerokai Melaka.
“Sebagai ‘one stop centre’, pelancong boleh mendapatkan maklumat terhadap produk-produk domestik berusaha untuk mempromosikan negeri masing-masing menerusi MOTAC,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsi beliau menerusi temubual secara live di Mini Malaysian & ASEAN Cultural Park di sini.
Tambahnya, kita juga boleh merancang percutian bersama keluarga walaupun hanya di dalam negeri.
“Medium ini adalah yang terbaik untuk mempopularkan kembali pelancongan domestik. Kita kena ubah persepsi masyarakat supaya melancong di tempat sendiri,” katanya.
Jay Yeow turut menasihati masyarakat supaya tidak melancong ke luar negeri demi mengelakkan penularan Covid-19 kecuali di bawah agensi pelancongan diluluskan MOTAC.
-MF-