PEMBELA SERAH MEMORANDUM KALIMAH ALLAH

Halimah Khaidzir

KUALA LUMPUR – Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam menyerahkan memorandum berhubung isu kalimah Allah kepada Majlis Agama setiap negeri.

Antara Majlis Agama Islam Negeri yang menerima memorandum tersebut adalah Negeri Sermbilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Wilayah Persekutuan.

Ia merupakan tanda sokongan berkaitan isu berkenaan dan sebagai peranan Majlis-Majlis Agama Islam setiap negeri menjadi penyokong terhadap rayuan Kes Kalimah Allah 2.0.

Menerusi emorandum ini, mereka memohon Majlis-Majlis Agama Islam setiap negeri mengkaji udang-undang syariah negeri yang sedia ada bagi tujuan pembaikan.

Penyerahan memorandum di setiap negeri itu berakhir di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

NGO-NGO Islam terlibat termasuklah Pertubuhan Raudhatul Muhibbin Negeri Sembilan, Perkim Cawangan Seremban, Pertubuhan Charity for Humanity dan lain-lain.

Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

-MF-
Sumber : FB Pembela

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *