WARONG RIDER PENGHANTAR MAKANAN

Marina Sahabudin

AYER KEROH – Warong Rider di bawah Program Warong dilancarkan dalam usaha membantu meningkatkan peluang pekerjaan khususnya dalam kalangan golongan belia di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, program mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan SME Corp itu mensasarkan 11,100 peluang pekerjaan, 12,500 usahawan dengan 500,000 orang pengguna di seluruh Malaysia pada tahun 2021.

Menurutnya, di Melaka sendiri sasaran ini akan dicapai menerusi MICTH sebagai agensi penyelaras di peringkat negeri.

“Usaha ini turut dilaksanakan bagi meningkatkan ekonomi digital di samping mewujudkan sistem penghantaran yang cekap dan berkesan. .

“Menerusi majlis pelancaran hari ini, saya sempat bertanya khabar kepada abang-abang rider, selain memberikan kata-kata semangat supaya mereka lebih gigih berusaha,” katanya.

Warong Rider juga akan menjadi platform rasmi bagi perkhidmatan penghantaran makanan bagi Bazar Ramadan di negeri ini.

“Pendekatan ini sekaligus memudahkan umat Islam yang bimbang untuk membeli makanan pada musim Covid 19 ini,” katanya.

-MF-
Sumber : FB Sulaiman Md Ali

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *