LEMBARAN BAHARU ASTRO SEMPENA RAMADAN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

Kehadiran bulan mulia penuh keampunan, Ramadan Al Mubarak semestinya dinantikan umat Islam di seluruh dunia.

Dalam pada dunia masih berusaha melawan pandemik COVID-19 dan masing-masing cuba untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam menjalani rutin seharian, ia tidak menghalang golongan Muslim khususnya meraikan kedatangan bulan ini saban tahun.

Sebagai sebuah stesen penyiaran utama negara, Astro tidak terkecuali mengalu-alukan kedatangan bulan penuh keberkatan ini dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik merentasi kesemua platform utamanya televisyen, radio dan digital.

Istimewanya, tahun ini merupakan sambutan ulangtahun ke 25 Astro, justeru, pelbagai program yang menawarkan ganjaran khas buat pelanggan turut dianjurkan demi mengindahkan lagi kempen Ramadan Raya 2021.

Tahun ini, Astro sekali lagi tampil dengan sebuah tema utama yang mendukung mesej kuat di sebaliknya bagi melatari kempen Ramadan Raya.

Mengangkat tema ‘Buka Lembaran Baharu’, ia dipilih bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyambut bulan puasa dan sambutan Aidilfitri agar dapat membina kembali semangat kesan daripada pandemik yang berlaku.

Astro turut bergandingan membuka kembali lembaran baharu dengan berlapang dada dan menerbitkan perasaan yang mengujakan dalam menanti kedatangan hari lebaran tidak lama lagi.

SELEBRITI POPULAR WARNAI KEMPEN

Sekali lagi nama-nama selebriti popular tanah air sebagai sebahagian dari kolaborasi utama kempen tahun ini dipertaruhkan.

Gandingan ini bakal menyaksikan wajah-wajah eksklusif personaliti yang hadir dari pelbagai latar belakang terlibat secara langsung dalam meraikan program-program menarik yang disusun sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri kelak.

Dikenali sebagai ‘Skuad Lembaran Baharu’, barisan duta yang terpililh ini adalah terdiri daripada gabungan pelakon, penyanyi, hos dan figura yang memiliki bakat yang pelbagai iaitu Alif Satar dan Elly Mazlein.

Malah usahawan cilik yang kini turut terlibat dengan pentas komedi, Cik B tidak ketinggalan menjadi pilihan Astro.

Selain itu antara yang mewarnai kempen ini adalah barisan penyampai radio Astro, Radin (ERA), Dina Nadzir (Sinar), Shah (Gegar), pengacara dan penerbit Gempak TV, Isha Norsham, serta pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana.  

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *